Selamatkah guna pelitup muka jenis fabrik??????
Mari ketahui cara pemakaian dan guna semula Pelitup muka fabrik secara selamat:
- Pastikan mencuci tangan sebelum menyentuh pelitup muka.
- Periksa jika terdapat sebarang kerosakan atau kekotoran pada pelitup muka.
- Pegang kedua-dua tali gelung dan sangkutkan pada telinga.
- Tutup keseluruhan hidung dan mulut.
- Elakkan menyentuh bahagian dalam dan luar pelitup muka.
- Selepas digunakan, tanggalkan dengan memegang tali gelung.
- Basuh pelitup muka dengan sabun pencuci atau detergen sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. (Digalakkan menggunakan air panas)
- Sidai dan Keringkan.
- Cuci tangan dengan air dan sabun selepas selesai membasuh
Sumber: MyHealthKKM
Terdapat kajian mendapati penggunaan pelitup muka jenis Fabrik ini tidak mampu melindungi dari jangkitan penyakit malah mungkin menyebabkan risiko jangkitan lebih tinggi. Hal ini kerana, topeng muka jenis ini mempunyai tahap Retensi kelembapan yang tinggi yang menyebabkan kuman boleh berkumpul dan mungkin semakin tercemar sekiranya dibuka dan diletakkan di atas meja, dalam poket atau beg dan dipakai semula.
NAMUN,
Pelitup muka jenis Fabrik ini mampu menapis partikel pencemaran yang besar, cahaya matahari dan bau busuk persekitaran.
"Pastikan anda mengutamakan basuh tangan dan penjarakkan sosial berbanding topeng muka sebagai kaedah pencegahan"
"Sekiranya
anda menggunakan topeng muka jenis DIY atau jenis kain yang dijahit
pastikan penggunaannya tidak melebihi 3 jam dan pastikan ia dibasuh
dengan bersih & jemur sebelum dipakai semula".
Sumber: Public Health Malaysia

Ramai yang pakai mask Kain tapi x basuh... Lps pakai.. esk nya pakai semula..take note!
ReplyDeleteLebih baik dielakkan daripada pakai mask kain ini. Sebaiknya pakailah pelitup muka yang bersesuaian seperti mask tiga lapisan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete