Monday, July 13, 2020

ELAKKAN 3S, AMALKAN 3W!





    Kementerian Kesihatan (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan peka akan wabak Covid-19. Oleh yang demikian, masyarakat perlu patuh dan mengamalkan pendekatan 3W serta menggelakkan 3S atau 3C sebagai norma baharu (new normal) dalam kehidupan seharian bagi mengatasi penularan Covid-19. 

    Konsep 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air sabun (Wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam, atau jika bergejala (Wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsepkan peringatan (Warn). 
    
Elakkan 3S atau 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elakkan bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation). 

    Masyarakat harus peka dengan isu-isu semasa dan sentiasa patuh pada S.O.P yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam menangani  wabak Covid-19 yang tidak dapat dilihat. 

Sumber: https://www.infosihat.gov.my

2 comments:

  1. tapi sekarang ni kebanyakannya masih ada yang bersempit-sempit, dekat-dekat. tak patuh SOP langsung.....

    ReplyDelete
  2. Kita kena peka dengan arahan kementerian. Jangan ambik mudah semua

    ReplyDelete

Latest Update

COVID-19: Sisa klinikal meningkat 17 peratus

Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) KUALA LUMPUR : Penghasilan sisa klinikal seluruh negara meningkat 17 peratus sejak...