The Project




 

PENGENALAN PROJEK:

Projek ini adalah berorientasikan kempen kesedaran alam dikala pasca pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini. Program ini akan memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan amalan pengurusan sisa klinikal seperti pelitup muka dengan betul selaras dengan berlakunya Isu ekosistem laut yang terjejas disebabkan pembuangan sisa klinikal ke dalam laut. Selain itu, projek ini juga memberi pelbagai informasi dan maklumat terkini yang dapat di manfaatkan untuk menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab. Disamping itu, kami juga menfokuskan pelbagai topik perbincangan yang menarik dan bermanfaat. Diharapkan projek ini mampu memberi impak yang mendalam kepada masyarakat daripada sudut amalan dan kesedaran dalam menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab semasa Pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

 

OBJEKTIF PROJEK:

i.                    Memberi pendedahan kepada masyarakat tetang pentingnya pengurusan sisa klinikal dengan baik.

ii.                  Menarik minat masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan agar menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab dikala Pasca Pandemik Covid 19.

iii.                Memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dengan baik dan bersih.

No comments:

Post a Comment

Latest Update

COVID-19: Sisa klinikal meningkat 17 peratus

Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) KUALA LUMPUR : Penghasilan sisa klinikal seluruh negara meningkat 17 peratus sejak...