BERHENTI !!!
Sebelum anda dengan membuang face mask ke
dalam tong sampah, fikirkan nasib individu yang bertugas memungutnya.
Tahukah anda, berpuluh-puluh warga
kerja kontraktor pengutip sampah terdedah kepada risiko COVID-19 dengan
tindakan anda membuang topeng tidak mengikut cara yang betul? Apa tidaknya, kerja
mengangkut dan memunggah sampah setiap pagi ke dalam lori mendedahkan mereka
kepada pelbagai kuman, bakteria dan virus.
Walaupun topeng muka terpakai pada waktu
pandemik COVID-19 tidak diklasifikasi sebagai bahan buangan berbahaya
(hazardous waste material), ini tidak bermakna orang awam tidak perlu peka cara
pembuangannya.
Demi keselamatan dan kesejahteraan
awam, pembuangannya sepatutnya mengikuti prosedur yang mengelak penyebaran.
#NoMoreCovidWaste
#LetsChangeForBetter
sumber :
https://www.youtube.com/watch?v=vvvqEq79iEE
Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Betul tu. Cara yang paling utama untuk mengatasi wabak covid-19 adalah dari diri kita sendiri
ReplyDeletewah.. lepasni boleh la buang face mask dengan betul.. menarikkk
ReplyDelete